Tadi masa belek2 FP kawan2 aku terbaca satu kisah ni. Suami kepada salah sorang teman FP (Erna) telah kembali ke Rahmatullah disebabkan kemalangan jalan raya. Innalillah.. aku yang tak kenal secara dekat isterinya ni pun boleh sebak sungguh time baca kisah tu. Aku rasa sangat simpati pada isteri arwah dan dua anak lelakinya yang masih kecil dan masih tak mengerti apa yg terjadi. Salah sorang dari anak mereka lebih kurang baya Adam. Sungguh berat dugaan yang harus si isteri pikul. Dr apa yg aku lihat dr FP, keluarga ni mcm sebuah keluarga yg sgt bahagia, anak-anak mereka sgt rapat dengan kedua-duanya. Bagaimanalah si isteri akan meneruskan hidup tanpa suami di sisi. Isk betapa sedihnya dia, semoga dia diberikan kekuatan. Aku tak dapat bayangkan kalau aku di tempat isteri arwah. Boleh hilang arah dan pertimbangan :(, isk tamo bayangggg. Mintak dijauhkan, nauzubillah... Aku terus berdebar bila teringatkan hubby aku yg kadang2 leh tahan jugak laju kalau bwk kete. Dia masuk je pintu umah kang aku nak terus kasik lecture, nak suh dia x-tra careful. Kalau nak bwk laju nak suh dia bayang muka aku n adam huhu. Jadi risau lak aku dibuatnya. Ya Allah... Kau peliharalah seluruh keluarga dan rakan-rakanku dan hindarilah kami dari sebarang malapetaka. Jauhkanla Ya Allah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama org yang beriman, amin... Pengumuman dr rakan2 isteri arwah: Sebuah tabung untuk 2F bakal dilancarkan bagi meringankan beban Erna sekeluarga, bagi yang berminat untuk menyumbang, anda boleh menghubungi Puan Azza @ azzaliza@gmail.com untuk maklumat selanjutnya. Harap maklum.
1 comment:
Innalillahi wainnlailaihirooji'uuunn..smg arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..dan smg isterinya (Erna) diberikan kekuatan utk meneruskan hidup demi kedua2 permata yg ditinggalkan oleh arwah suaminya..
Post a Comment