Tuesday, March 26, 2013

::: Short Family Vacay to Gold Coast - Part 3 :::


As usual siaran tertunggak muahaha. Bekurun lam draft. kasik laluan kat entry lain jalan dulu :). Maapkan kamiii penunggu gua.

Ni still cite pasal kami di GC. Day 3 kami ke SEA WORLD!! Mmg besh mcm2 binatang + show ada u ols. Kawasan dia pun sgtt la besarnya. So dr satu tempat nak ke satu tempat kalau tamo semput leh naik cabel car or monorail. Tapi harusla tekejar2 kan. Nak tgk sume show punya pasal mmg kami bermarathon jek dalam tu. Sbb antara satu show ke satu show jauh2. Kejap kami berlari, kejap kejor monorail ngan anak 3 org hihi mmg sgt FUN! + op cos penat ye. Terus rasa hilang 2 kilos :). So b4 pi sana better tgk siap2 peta + show time yg ada kat web. Boley plan siap2 mana nak pi dulu. Kami aritu smpi sana baru sebok tgk peta + susun mana satu nk pi dulu. So agak kelam kabut di situ. But Alhamdulilah.. we managed to watch almost all the show! syabbass betta! 

Inila petanya ye :). Selamat bermarathon!


Dalam ni gak ada water park, kalau byk masa boleyla siap2 bwk swimming suit. Memandangkan kami ada sehari suntuk je so anak3 hanya telan ayaq lioq jela tgk anak2 mat saleh tu mandi shian. Ini antara piccas kenangan kat sana, enjoice!! (sebenonya mak main susun je gambo2 tu, da tak bape nak recall mana dulu haha. Layan jekla ye :))

b4 bertolak, tgu big boss siap
sea world ni dekat je ngan town. dr apartment kami dlm 10 minit je kot da smpi
smpi2 terus tgk pi-ngu :) comey n demokk sgt okeh rasa nak curik bwk balik

pastu masuk aquarium melawat tok nenek ikan. leh tgk dr atas or under the sea. Tank dia besorr sgt, segala jaws smpi la ke anak cucu ikan nemo sume depa campo jek dlm tu
kat shark bay. dua beradik ni paling eksaited tgk jaws depan mata. Besar2 + banyak
sesi beramah mesre ngan tok seleman + ikan pari dr saiz cucu smpi ke atoknya!! Boley pegang2 + raba2. part ni harusla mak amik alih tugas paparazzi, gelisss
terus lepak sini japs melepaskan lelah + isi tank anak3 smbil tgu show start. budak bedua ni tekekek2 tgk 3d ni mak pun tatau apa yg lucu sgt, sume sepanbob buat drg gelak. Yg pling kesian, da abeh show baru pasan lil bro pakai spek terbalik keh2 halal jela nak
anak dara yg sgt good mood! muahs tp bila dia busan je abeh segala mak nenek reben atas kepala dia cabot haihh terus selebet. layan jekla dr dia melalak kan
pastu terusss kejor monorail nak pi tgk show stunt boat kot nama dia. Disebabkan lama gak tgu monorail show da start, so kami tgk dr atas monorail (lagik klear!) n bila smpi show da setengah da pun.
tgh jalan2 kat kids area jumpa lak maskot sponge bob ni! mmg telompat2 la budak bedua tu. seksi ok awek dia. Sempat gak tgk show dora jap tak dpt tgk abeh sbb nak kejar show sea lion!
Show ni antara yg besh. punnn demok comey sea lionnya, tapi tak rasa nak pelok gelii hehe.

Jalan lagik tgk Dinasour + Dolphin yg kiut tak hengat!! rasa nak terjun swim sama2 (tu tipu)
yayyyy show yg ditunggu-tunggu!!! Dolphin! mmg superbb sgt. Menjerit2 the kiddos tgk ikan tu wat stunt. Mak budak pun sama eksaited ulps :)
Yang bagusnya kalau bawak stroller mmg kompom dapat duduk depan skali hihi. So sume show kami konker VIP seat ngehs2 bessss
on the way nak balik sempat gak singgah balik mana2 tempat yg bes
Layan anak bujang main mende alah ni. nampak tak tinggi tapi mak still gayat ok!!! dup dap jek kejenya kat atas tu.. Lagi 2 org da selamat belayar kepenatanz siann

Last kopek punya pose sesempat rasa
okkk sume da puas ati jom balik!

Wednesday, March 13, 2013

::: No 4 kah?? :::


Alhamdulillah... TQ Allah kami dimurahkan rejeki yang satu ini. Mak tak merancang n tak jugak menolak. Kami terima dengan hati yang terbuka, syukur. Mula-mula dapat tau agak terkujat juga memikirkan Anak Dara mak yang belum pun masuk 2 taun. Kalau ikut hasrat di hati nak tgu dia besor sket bia puas manja manji. Tapi dah rezeki, kami ok je. Ramai jugak kawan2 yg marah bila mak kasitau pun bila da masuk 16 weeks aritu. Sori ye u ols...Mak mmg jenis tak reti nak announce awal2, biala da rasa ok sikit baru mak kasitau supaya semua dapat doakan yang baik2 untuk mak n baby.

Sejak awal kawen mak berdoa n berangan nak 4 org anak. Kalau diizinkan nak 2 boboi n 2 gegel, and kalau diizinkan jugak mak nak stop deliver b4 35. Semoga Allah penuhi impian mak dan  permudahkan segala urusan sehingga selamat bersalin. Boboi or gegel sebenarnya mak tak kisah sangat asalkan baby n mamy sihat aminn...

Pweggy kali ni besar gak dugaannya, today i'm entering 17 weeks. Seawal 5 weeks mak da mula lembek, mual, pening dan yang sewaktu dengannya. Mmg pk nak baringg jek. Makan mmg satu apa tak boleh masuk, minom air pun rasa nak terkeluar balik. Kesiankan baby mak telan gak buah2 + air milo. Akibatnya mak turun 6 kg!! uhuks. Kalau selalunya mak berdoa nak kurus, tapi masa nikmat makan di tarik sementara tu hari2 mak doa "Ya Allah bukakan lah selera makanku, sihatkan lah badanku. Aku tak kisah gemok sekalipun ya Allah". Nak tegelak pun ada bila pk balik :). Mmg sedih sgt sebab bila tak makan badan jd sgt letih, lembek + tak larat. Bila letih pehatian kat tok laki n anak2 pun kurang, sbb rasa nak tdo je. Kdg jadi nak marah je kejenya, lepas tu sedey sorang2 bila tgk muka derang :(. Nasebla ada family n suami yg memahami n byk membantu sobs.

Di awal pweggy gak bibik balik cuti ke endon 2 bulan. Naseb dapat pengganti untuk sementara, kalau tak tataula camana huru haranya mak nak urus rumah n anak2 dengan tak larat macam tu. Tapi anak2 esp Lil' Bro n Leeya mmg tak bape ngam ngan bibik baru. Mak jugala yg depa carik kalau nak apa2. Masak mmg kompom tak sbb nak masuk dapur pun tak boleh. Dari ruang tamu da boleh bau bawang yg bibik tgh kupas kat dapur, terusss nak termun huhu. Makanya dadyla jd penyelamat, boleh kata hari2 jadi Chef Dady utk the kiddos. Tq veveh.

Dugaan terbesar pweggy kali ni bila dapat tau ATOK AJIS nak kena buat open heart surgery. Dia punya sedey tu tatau nak cakap. Dengan mak yg tak bape nak larat, mmg rasa susah n down sgt2. Melalak je kejenya uhuks. Dgn saki baki tenaga yg tak seberapa tu la mak duk ulang alik ke IJN utk ks semangat kat tok jis n tokma. Ada satu tahap tu rasa nak pitam pun ada sbb tak larat sgt.Tapi demi ayah techenta mak kuatkan jugakla. Smpi kat spital sllnya mak baring jek sebelah dia. Yang penting mak dpt tgk n ks semangat.

Masuk 16 weeks ni mak da rasa ok n kuat sikit. Selera makan pun da ada sikit2. But nasik mmg tak boleh lg nak telan. Bau nasik pun da mual huhu. Slow2 la kot. Lepas ni kompom membesar bagai johan gulpsss. Kali ni mmg perot cpt sgt membolatkan diri. Sbb da num 4 kot lelemak tepu da byk bekumpol ahaqs. Semoga terus dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan aminn... doakan mak n baby ye u olsss muah!


ini yg mak announce kat FB aritu :)


Tuesday, March 12, 2013

::: TOK AJIS Tayang :::



31 01 13 - Tarikh yang takkan kami sekeluarga lupakan. Ayah kesayangan kami disahkan ada darah beku dalam jantung dan terpaksa melalui 'Open Heart Surgery' dan date itula yang doc kasi. Doc kata kena buat cepat sebab saiz darah beku tu dah besar sgt. Tuhan je yang tau perasaan kami sekeluarga masa tu :(. Selama ni mmg Tok Jis mmg nampak sihat cuma dia selalu penat.

Kami ke IJN untuk check up pada 25 Jan 2013 (Jumaat). Tetibe doc kata 28 Jan 2013 nti terus dtg untuk warded n tentukan date operation. At first mcm tak percaya sbb mcm cepat sgt n tiba2. Knowing IJN kan, beratur org tgu untuk operation ada yang berbulan and ada jugak yang bertahun. Syukur Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.

Tok Jis mmg nampak mandom maybe sebab tak percaya n takut. Kalau kita pun kan. Sampai ada satu tahap dia cakap dia takmo buat, disebabkan faktor umor dan dia ada diebetes. Puas jugak kami pujuk dan yakinkan dia semua ni utk kesihatan dia jugak. In sya Allah dia akan lebih sihat after operation. Perasaan mak mmg becampo baur tatau kenapa sedey sgt memikirkan dia yg nak dioperate. Sbb open heart mmg a big operation. Tok jis pulak tak pernah buat any surgery smpila umor dia 65 ni. So mak paham sgt perasaan takut dia masa tu. Mmg tak boleh tgk muka dia confirm rasa nak nangis huhu. Alhamdulillah... dia setuju utk operate walaupun nampak sgt muka dia berbelah bahagi.

Tiba date 31 01 13 kami adik beradik ramai2 ke hospital utk kasi Tok Jis semangat. Pukul 8 pagi dia da ditolak ke OT. Mmg da puas cuba tahan air mata tapi meleleh gak huhu. Mcm nak hantar pi berperang rasanya. Mak la org yg susahnya nak stop nanis. Tokma yg memula npk cool pun bederai jua. Kami tanya kat nurse tu kami je ke yg melalak depan OT mcm tu. Dia kata ramai dik... boleh kata semua family mcm tu huhu. Alhamdulillah... operation berjalan lancar dalam pukul 1 lebey dia da keluar dr OT and dimasukkan ke ICU. Lega sgt perasaan time tu. Esoknya dia da boleh keluar ke wad biasa. n After 10 days baru boleh discharge. Sepanjang di hospital Tokmala peneman setia n tdo kat sana, kami adik beradik ulang alik je.

Mmg kesian sgt tgk Tok Jis masa awal2 balik rumah aritu :(. Satu badan sakit2, kalau batuk pun npk susah sgt. Kena tekup dada tenpat jahit tu dgn bantal. Kdg smpi terkeluar air mata dia :(. Alhamdulillah... TQ Allah, sekarang Tok Jis beransur sihat. Cuma dia sgt tak lalu makan, tak tertelan katanya. So dia npk kurus sgt. Semoga Tok Jis diberikan kesihatan yang lebih baik, dibukakan selera makan dan dipermudahkan segala urusan aminnn.... LOVE u!

Tok jis n Tok ma di zaman muda mudi

Ni masa mak konvo degree, dia tembam time ni :)
hari da boleh discharge
mgu2 pertama dia duk umah adik kat bukit jelutong. Ni masa evening walk. Dia kena byk bejalan n besenam. Mmg tetapp ceria meria :)
picca terkini mmg npk susut sgt badan dia :(. Cepat sihat ok. LOVE u BOTH!!

Tuesday, March 5, 2013

::: Baju Raya?? :::


Tanjat memon tgk sana sini org da start tempah baju raya okeh!! Awal lg kott... ada yang nak siap da pun sbb nak pi anto bling2 pulak. Kelesss u olss, mmg pantas! tp bila mak kol tailor2 kesayangan rupanya ada yg tamo amik tempahan da pun! gile kentang. Punyala mak lenggang kangkung jek + duk heran2 sume pakat beli kain n cop2 tailor. Rupanya as always mak gak yg ketinggalan. Shiann...

Tapela yg fenting utk tok laki n anak2 mak dulukan (misali sgt rasa uhuks :)). Utk mak sok beli siap je pun takpe kalau tedesak kan. Taun ni mak verangans nak pakai kaler jeng jeng jenggg..... Emerald Green gitew. Sebenanya dr taun lepas da tingin tapi tok laki nak kaler cekelat gold tu layanzz. So tgu Jakel buat sale maka akan tepaculla mak di sana. Nak buat pesen apa pun ada tebayang2 di minda tgu jekla sok mana satu yg mak rasa besesuaian utk menutup lelemak gulps..


tantek n meriahs kan kaler ni tatau la sesuai dak ngan kaler kulit memasing ahaks








MARI MENGIMBAU KALER N PESEN BAJU RAYA sejak we ols ber - 5 ni :)


2011
 Kaler shocking fenk nak ke fefel gtu. Mak pun tatau apa name spesifik kaler ni hihi. Pirst time sedondon ngan anak dara adalah sgt teruja maka kain cotton silk saja menjadi pilihan untuk keselesaan bersama + pesen lak - kurung moden yang dibling2kan


2012

2012 - Kaler cekelar gold menjadi pilihan tok laki mak. Maka sepapan la mereka anak banak muahaha. Mak jek beli kain lain sket utk efek kilat sket (satin crepe). Pesen lak patch lace yg di bling2kan. Simple sajork


Taun ni?? tungguuu.... (bajet retis sangatt)  :)

Friday, March 1, 2013

::: Anak Dara Mak :::



Lama mak tak cite pasal anak dara mak sowang ni. Alhamdulillah 5/3 ni Leeya da masuk setahun 10 bulan! kejappp jek nak 2 tahun dah kan. Alhamdulillah.. anak dara sowang ni mmg tak byk kerenah + pandai bawak diri. Tapi skang da pandai carik gado ngan abg2 dia. Maklumlaaa cth tauladan hari2 tepampang pan mata. Kalau Big Bro ngan Lil Bro tgh tarik2 rambut dia pun sebok2 pi tolong tarik. Lil bro la salu jd mangsa sbb rambut dia panjang, lg senang nak tarik shiannn... But so far abg2 dia byk mengalah esp Big Bro. Lil bro kalau dia da geram sgt ditunjalnya jugak adik dia ni. Kalau tgh good mood siap ckp "takpela leeya kecik lagi, dia kan adik kita" fuhh sejuk perot denga.

Leeya ni ramai yang kata sopan santun n lemah gemalai (mcm mamy dia :)). Kiranya tadela mcm pangai abg2 dia. Manjat + melompat tu tetap ada nama pun budak kan, cuma agak terkawal + berhemah gitew. Lagik satu dia mmg manja telebey, nama pun puteri bongsu kann harus la. Mmg melepett jek ngan mamy. Nak minom susu mesti tdo atas riba, tak dpt mamy dady pun jadik. Makan adalah peberet anak dara mak, mmg tak benti makan smpila nak tido. Tapi masalahnya dia sker makan biskut2, roti2, kepok2, kalau nasik2 ni tak byk sgt yg masuk. Sebab tu agaknya ramai kata dia slim molim tak bam2, tapi meninggi. Takpela yang asal sihat keh. 

Satuuu jek yg mak wisaukan psl anak dara mak ni. Still lom leh becakap properly. Kalau abg2 dia dulu lom masuk setaun setengah da petah + beckp mcm bertih jagung. Lil Bro paling cepat kot, masuk setaun da petah n tak pelat. Ayat yg sokmo dia ckp just ADAM (sume org dia panggil adam ok temasukla mamy n dadynya huhu), NAK, BAK, KAK (bukak) n DAP (sedap). Yang lain dia bebel bahasa Jerman dia. Mulot dia mmg becok tapi bahasa diala huhu. Tapi sume yang kita cakap n suruh dia paham. Mamy doakan Leeya cepat ckp okeh, leh sembang + jd kawan gado mamy. Semoga dipermudahkan Aminnn....

WE LUV U!
My comots pwencess

Ni muka kerek dia kalau kita suh senyum nak amik gamba

Mmg taleh nak melawa, pakaikan sepit ke riben ke kejapp jek dia cabut.
 

Rambut depan tokma pi putun pendek huhu
muahss